mangonet
Public Group active 10 months agoMangonet Kiosk adalah sebuah kedai serbaneka yang menyediakan perkhidmatan pusat internet, printing, menjual buku-buku agama dan peralatan ibadat, dan juga menyediakan perkhidmatan tempahan kuih muih untuk majlis perkahwinan
Maklumat lanjut sila hubungi Pn. Fatimah Zahrah (mobile : 012-9676841 phone : 09-4140615 fax : 09-4140613)
-
New external post Buku Ustaz Azhar Idrus Panas di Pasaran from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 1 week ago · ViewBuku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa hasil tulisan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus laris di pasaran walaupun baru beberapa minggu diterbitkan. Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku. Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia. Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan [...]
-
New external post Majlis Pelancaran Buku Ustaz Azhar Idrus from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 1 week ago · ViewUstaz Azhar Idrus yang semakin popular dengan buku terbarunya akan menemui peminatnya sekaligus melancarkan buku terbarunya bersama PTS. Melalui majlis pelancaran buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab akan diadakan pada hari sabtu, 24 September ini bermula jam 8 malam. Peminat beliau juga berpeluang mendengar kuliah khas daripada Ustaz Azhar Idrus dalam majlis tersebut. Majlis besar-besaran ini akan berlangsung di Masjid ar-Ridhuan, Ulu Klang (berhampiran Zoo Negara). Tuan dan puan yang berminat menghadiri majlis ilmu bersama ustaz Azhar Idrus ini dinasihatkan datang awal bagi mengelakan kesesakan. Tuan dan puan juga berpeluang mendapatkan buku beliau yang sudah diulang cetak 3 kali dalam sebulan ini dalam majlis tersebut [...]
-
New external post Bidayatul Hidayah from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewKitab “Bidayatul Hidayah” ini adalah di antara kitab karangan Iman Hujjatul Islam Al Ghazali R.A. yang banyak diberi berkat oleh Allah Taala. Ia merupakan ringkasan atau pati kepada kitab Ihya Ulumiddin. Dan Kitab ini telah banyak memberi faedah dan bimbingan bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat yang ikhlas untuk mengamalkan isi dan kandung-annya.Faedah dan manfaatnya sudah jelas dan tidak dapat diragukan lagi. Sebenarnya kitab “Bidayatul Hidayah” ini telah pun diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Al Alim Al`Allamah Syeikh Abdul Samad Al Falimbani R.A. (meninggal dunia sekitar tahun 1203 H) dan beliau namakan terjemahan tersebut dengan nama ‘Hidayatus Salikin fi [...]
-
New external post Hidayatush Shibyan Fi Ma'rifatil Islam Wal Iman from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewHidayatush Shibyan Fi Ma’rifatil Islam Wal Iman Hidayatush Shibyan adalah merupakan sebuah kitab lama yang banyak diajar di pondok-pondok bagi mereka yang baru memasuki alam pondok. Dan ianya banyak membicarakan masalah i’ktiqad dan ibadat bagi golongan yang baru mengenal apa itu Islam dan Iman, yang juga membicarakan tentang cara mengambil wudhu’, sembahyang dan segala rukunnya, puasa zakat dan juga haji ‘umrah secara ringkas. Dan ianya adalah merupakan himpunan-himpunan daripada kalam ‘ulama yang terpecaya bagi maksud untuk memberi faham secara ringkas dan jelas apa itu Islam dan Iman dan segala ‘Ibadat yang lain. Dan semoga ianya dapat memberi manfa’at bagi mereka didunia [...]
-
New external post Panduan Perkhawinan Kunci Syurga Yang Terbuang from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewPanduan Perkhawinan (Kunci Syurga Yang Terbuang) Zamrud yang indah untuk suami isteri dalam persiapan dan membangun mahligai impian yang diredhai Allah S.W.T Sesuai untuk mereka yang bercadang mendirikan rumah tangga atau yang baru sahaja mendirikan mahligai. KANDUNGAN ISTIMEWA Merangkumi soal-jawab dari Jabatan Agama Persiapan awal untuk menjawab pertanyaan qadhi pada detik-detik pernikahan Pengenalan alat kelamin lelaki dan perempuan Perkara-perkara yang perlu diperhatikan dari mahkota wanita Bersentuhan yang bermakna dalam membangkitkan ghairah bersenggama Cara merebut mahkota yang diselimuti selaput dara Mengenal kepuasan dalam bersenggama Ubat-ubatan supaya tahan lama dalam bersenggama Usaha-usaha untuk mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan Air mani yang terlalu cepat keluar Kedinginan jantina bagi kaum wanita Masalah seks dan penyelesaiannya Penjagaan kesihatan dan amalan-amalan semasa [...]
-
New external post Resepi Kesihatan & Kenikmatan Suami Isteri from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewResepi Kesihatan & Kenikmatan Suami Isteri Setiap pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pastinya mendambakan keharmonian dan suasana romantis dalam perhubungan. Dalam pada itu, hubungan itu seksual memainkan peranan yang sangat penting. Bagi memperolehi kenikmatan syurga dunia yang dianugerahkan oleh allah SWT, kita perlu mensyukuri dan menjaga nikmat kesihatan yang sedia ada.Terlalu banyak khazanah alam yang disertakan olehNya sebagai anugerah dan mampu mengembalikan serta menguatkan kesihatan. Menjaga dan menguruskan kesihatan merupakan amanat Alllah SWT kepada setiap hambaNya. Mengabaikannya bermakna satu bentuk penafian terhadap hak-hak Alllah. Disamping berusaha meningkatkan mutu kesihatan, segala perintah dan laranganNya sentiasa dijadikan panduan berguna. Apa [...]
-
New external post Syarah Hikam Tok Pulau Manis from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewSIRI ILMU TASAWUF Syarah Hikam Tok Pulau Mani s Kitab inilah yang patut dipelajarinya. Umpama emas sudah diujinya.Dan juga umpama makanan yang terhidang. Dan yang lain itu tudung sajinya. Dan juga umpama buah-buahan. Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan. Lagi besar pahala dan gajinya. Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan, orang itulah yang sebenar dipujinya. Syurga itulah kediaman yang kekal. Ilmu ini pintunya dan bajinya. Dan yang jahil tentangnya api neraka. Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya. Syarah Hikam Tok Pulau Manis Penulis : SYEIKH MALIK BIN ABDULLAH Penerbit : JAHABERSA Harga : RM80.00 [...]
-
New external post Pengantar Ilmu Tarekat Dan Tasauf from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewPengantar Ilmu Tarekat Dan Tasawuf Di manakah letaknya sumber kekuatan Islam? Adakah kekuatan Islam terletak dalam kitab-kitab yang tidak terbilang banyaknya. di masjid-masjid yang dipenuhi pengunjung, di sekolah-sekolah yang membicarakan masalah secara ilmiah, atau dalam ibadat yang menjadi latihan batin umatnya sehari-hari. Orang Barat mulai mencari sumber ini dan sebahagiannya berpendapat bahawa kekuatan Islam tidak terletak pada kekuatan luar. Sebaliknya kekuatan Islam terletak di dalam lubuk yang dalam dan terpilih dengan urat nadinya, iaitu Tasauf dan ajaran Sufi dalam pelbagai bentuk dan corak. Al-Quran dan As-Sunnah memang menjadi sumber pokok dan penjelasan yang penting. Bagaimanapun Tasawuf merupakan urat nadi daripada perlakuan [...]
-
New external post Kitab Ini Yang Bernama Aqidatun Najin (Noraine Abu) from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewKitab Ini Yang Bernama : “AQIDATUN NAJIN” Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama. Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. [...]
-
New external post Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewDuratun Nasihin Mutiara Mubaligh Buku ini mengandungi berbagai petunjuk dan garis panduan dalam berbagai aspek meliputi hukum hakam Islam yang perlu dipelajari setiap Muslim. Pengarang menghurai dengan penuh teliti dalam sesuatu bidang hukum dengan bahasa yang mudah difahami. Durattun Nasihin mengandungi tujuh puluh lima bab, bermula dari awal pengajian Al-Quran sehinggalah kepada bab hari kiamat dan sebagainya. Buku ini amat sesuai untuk pengajian tinggi dan juga rujukan masyarakat umum. Mudah-mudahan ia dapat menjurus kita ke arah sistem hidup Muslim yang berilmu dan mendapat keredhaan Allah.InsyaAllah. Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh Penulis : Dr.Syamsudin Manap Penerbit : Victory Agencie Harga : RM50.00 Boleh didapati dari [...]
-
New external post Ramuan Ilmu Tasauf from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewRamuan Ilmu Tasauf Buku “Ramuan Ilmu Tasauf” ini merupakan sebuah buku yang membicarakan masalah-masalah penting sekali dalam ilmu tasauf yang boleh memimpin kita ke arah kemajuan dan pembangunan rohani dan jasmani, bukanlah sepertimana yang disangka-sangka orang bahawa dengan mempelajari ilmu ini bererti akan membawa kepada kemunduran dan kepapaan. Tuduhan liar seperti ini memang bohong semata-mata!Untuk memahami selanjutnya, Ikutilah kandungan buku ini. Ramuan Ilmu Tasauf Penulis : Ustaz Mustapha Muhammad Al-Jiasi (Al-Ahmadi) Penerbit : PUSTAKA AMAN PRESS SDN.BHD. Harga : RM5.00 Boleh didapati dari Mangonet Kiosk Kuala Rompin Pahang [...]
-
New external post Pembukaan Kepada Yang Ghaib from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 8 months, 2 weeks ago · ViewPembukaan Kepada Yang Ghaib Buku ini karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Salah seorang jaguh sufi “Ghauthul-Adzam ” dan wali Allah yang terkenal dalam dunia Islam. Dalam buku ini mengandungi lapan puluh syarahan atau ajaran-ajaran beliau yang berunsur soal-soal rohani, jiwa hati, kebatinan dan perkara-perkara yang ghaib yang tidak ternampak dengan mata kasar dan tidak dapat dirasa dengan tangan, kerana ia adalah ilmu rasa atau ilmu dzauq. Sesiapa yang merasainya akan mengetahui kelazatannya untuk mengetahui selanjutnya ikutilah dengan teliti dan penuh minat ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Sesuai benar kepada pencinta-pecinta tasauf Islam khususnya dan orang-orang Islam amnya. Pembukaan Kepada [...]
-
New external post Panduan Menghafal Al-Quran from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewPanduan Menghafal Al-Quran Merupakan tanggungjawab bagi setiap insan untuk mengimani, mempelajari, memahami, mengamalkan dan mempertahankan pengetahuan dan nilai kebenaran yang terkandung didalam Al Quran. Sesungguhnya Al Quran adalah Kalam Allah yang diturunkan untuk seluruh umatnya sebagai nur menerangi kegelapan hati dan cahaya bagi menyinari kehidupan. Menghafal Al Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran, kerana jika kita mampu menjaga hafalan agar senantiasa ingat sepanjang hayat maka ia akan menjadi ibadah yang berkekalan disamping menjadi teman di alam mendatang. Buku yang ada di tangan anda ini merupakan panduan untuk mendedahkan kaedah menghafal Al Quran dengan lebih sistematik, praktikal dan berkesan bagi [...]
-
New external post Kesalahan-Kesalahan Yang Lazim Berlaku Dalam Masjid from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewMEMBACA BUKU-BUKU AL-HIDAYAH ANDA SELANGKAH MENDEKATI ALLAH “Bahagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya dan bahagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” Hadis Riwayat Muslim. ” Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang hanya beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) kecuali Allah. Maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Taubah : 18) Seperti yang dijelaskan didalam hadis dan ayat Al-Quran tersebut masjid adalah rumah Allah dan tempat yang paling dicintaiNya. Dan mereka yang memakmurkan masjid adalah orang yang beriman dan mendapat petunjuk daripadaNya. Sejajar [...]
-
New external post Panduan Lengkap Ibadah Solat from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewPanduan Lengkap Ibadah Solat Solat merupakan hubungan yang unik antara seorang hamba dengan penciptanya.Solat juga tidak dapat difahami dan dihayati kecuali bagi insan yang mengetahui bahawa solat merupakan hubungan yang ajaib antara hamba dengan Khaliq yang tidak dapat dikiaskan dengan hubungan antara dua makhluk di atas bumi ini.Hubungan yang terjalin dalam solat ini lebih kukuh dan sempurna,kerana ia merupakan jalinan rindu antara hamba dengan Rabbi. Solat yang penuh makna adalah solat yang sempurna dan sesuai dengan panduan yang ditentukan oleh Islam.Solat yang didirikan tanpa dengan berilmu samalah seperti bahtera tanpa nakhoda yang berlayar tanpa arah serta tujuan dan akhirnya sampai dihujung kesesatan.Maka [...]
-
New external post Ilmu Tajwid from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewMempelajari Ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah. Tetapi, mengamalkannya ketika membaca Al-Quran adalah fardhu ain. Menerusi Ilmu Tajwid, lidah kita akan terselamat dan terpelihara daripada kesalahan membaca dan menyebut huruf-huruf Al-Quran. Nabi (s.a.w.) ada berwasiat : Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang merdu nan indah. Al-Quran bererti bacaan. Membacanya adalah ibadah,walaupun tidak memahami maksudnya. Setiap huruf yang dibaca akan dinilai dan diberi pahala, juga sebaliknya. Penilaiannya, mengikut hukum tajwid. Sebab itu,Allah ada berfirman : Bacalah Al-Quran itu dengan tartil (betul dan baik mengikut hukum & kaedah tajwid). Buku ini disusun sebagai lanjutan daripada 6 jilid buku Iqra’ Cara Cepat Belajar Membaca Al-Quran, karya [...]
-
New external post Hadith 40 Terjemahan Dan Syarahnya from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewHadith 40 Terjemahan Dan Syarahnya
Penulis : MUSTAFA ‘ABDUL RAHMAN
Penerbit : DEWAN PUSTAKA FAJAR
Harga : RM32.00Boleh didapati dari Mangonet Kiosk Kuala Rompin Pahang
-
New external post Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jama`ah (Rumi) from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewAqidah Ahli Sunnah Wal-Jama`ah (Rumi) SEKITAR KITAB INI Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaaan sahih dan ciri-cirinya, aqidah-aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah masalah uluhiyah, rububiyah, dan masalah-masalah keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain-lainnya. Kitab ini disusun dengan keterangan dan huraian dari dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith dan juga disertakan perbincangan dan kesimpulan untuk memudahkan para pembaca dan pengguna kitab ini memahami intisari isi kandungannya secara berkesan. Kitab ini memberi kefahaman yang menyeluruh mengenai masalah-masalah aqidah untuk menangani aqidah-aqidah yang bercanggah dengan “Aqidah Ahli Sunnah Waljama`ah”. Misalnya aqidah Mu`tazilah, Jabariah, Qadariah dan lain-lain. Oleh itu, kitab [...]
-
New external post Solat-Solat Sunat Rasulullah S.A.W from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewSolat-Solat Sunat Rasulullah S.A.W Amal seseorang yang mula-mula diperiksa pada hari kiamat adalah ibadah solatnya (solat fardhu). Jika ibadat solatnya baik, maka ibadat-ibadat yang lain pun dianggap baik. Jika banyak kekurangan, maka diperiksalah solat-solat sunatnya.Solat-solat sunatnya dapat menutupi kekurangan solat fardhunya.Demikianlah pentingnya mengerjakan solat-solat sunat. Buku inisebenarnya terjemahan dari kitab Fiqh Sunnah karangan Sayid Sabiq, yakin Tathawwu’ (solat-solat sunat).Sesuai dengan Rasulullah, sama ada perkataan Rasulullah atau perbuatannya. Berdasarkan itulah, maka kami pun menamakan buku ini dengan Solat-solat Sunat Rasulullah s.a.w. Semoga buku ini dapat menjadi panduan dalam mengerjakan solat-solat sunat. ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah [...]
-
New external post Tanbihul Ghafilin Jilid 1&2 from the blog mangonet kiosk in the group
mangonet 9 months, 1 week ago · ViewTANBIHUL GHAFILIN (PERINGATAN BAGI YANG LUPA) Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat semula jadi iaitu betabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut.Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah.Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.Dengan sifat dan tabiat ini sekiranya Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang atas hasil jerih payahnya sendiri.Makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT merupakan kurniaan yang hendaknya digunakan untuk kemaslahatan dan kerbaikan semata. Walaupun demikian,sifat dan tabiat buruk itu tidak berlaku atau ianya dikecuaikan [...]
- Load More